Wednesday, April 20, 2011

resipi kek choc moist cake

eh cptnyer,esok dah jumaat ek...biler nk menjelang wiken jek mula la pk this wk nk wat pe heheh.wiken ialah aktiviti extra memasak bagi den.last 2 wks wat kuih sepang.last wk wt agar2 milo n puding.this wk nk try cmc aka choc moist cake..gigih google resipi.


Bahan-bahan ( acuan bulat 24cm )


Bahan A: 2 cawan tepung gandum, 1 3/4 cawan gula halus, 1 1/4 cawan serbuk koko, 1 tsp soda bikarbonat, 1tsp baking powder

Bahan B: 4 biji telur gred A, 1 tsp esen vanilla, 1 cawan susu cair, 1 cawan minyak jagung

Bahan C: 1 cawan air panas mendidih

toping: marjerin@butter,susu pekat manis, serbuk koko dan milo,

Hiasan: coklat rice

Cara-cara Satukan bahan A dahulu kedalam bekas. bagi bahan B; pukul telur dahulu dengan pemukul bahulu sehingga kembang dan masukkan esen vanila, susu dan minyak.

OR RESIPI YANG KEDUA,

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )


2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

==============================

** Topping **

1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.

Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk.
kemudian masukkan bahan B tadi kedalam bahan A. kacau sehingga sebati. selepas itu masukkan bahan C pula dan kacau sebati. tapiskan bahan-bahan tadi sebelum dimasukkan kedalam loyang berukuran 24cm. didihkan air didalam pengukus dahulu dan kukus selama 50minit-sejam tanpa dibuka dengan api yang sederhana sahaja.

Topping: panaskan periuk dan cairkan marjerin, masukkan susu dan juga serbuk koko beserta milo. kacau sehingga tak berketul-ketul.
 
OR YANG NO 3 NI,
 
Bahan-bahan:


Gula (1/3 cawan)
Susu pekat manis (1/3 cawan)
Milo (1/2 ) cawan)
Serbuk koko (1/2 ) cawan)
Minyak (1 cawan)
Tepung gandum biasa (1 1/4 cawan)
Soda Bikarbonat (1 camca teh-paras)
Baking Powder (1 camca teh-paras)
Telur (2 biji)

Kaedah:

1.Masukkan gula, susu pekat manis, milo, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk…panaskan…sambil kacau hingga gula cair…jangan kacau dengan sudu besi…nanti terkeluar ‘zat besi’ yang tak perlu…sejukkan

2.Ayak gandum bersama dengan soda bikarbonat dan baking powder…gaulkan sebati…campur dengan bahan cair tadi…

3.Pukul telur dalam bekas berasingan dan masukkan kedalam adunan kek…

4.Sementara itu masak air dalam periuk untuk kukus kek…

5.Masukkan adunan kek ke dalam acuan…nak guna acuan kecil atau besar terpulang kepada anda…

6.Bila air dah menggelegak…kukus kek…

7.Dalam sela masa tertentu…bila Nampak kek tu dah naik sedikit, boleh cucuk dengan lidi atau apa-apalah…tarik balik lidi itu tengok kalau ada kek yang melekat pada pencucuk tadi, maknanya kek tak masak lagi…lama masa kek masak bergantung kepada saiz dan kedalaman acuan yang diguna…

8.Selepas dah tak melekat kek pada pencucuk…angkat dan sejukkan…

ACT,bhn2 dia lbeh krg sama jek, adunan tu je yg kena betul kan...selamat mencuba ;)

No comments: