Monday, August 31, 2009

september datang lagi

kejap je dah sept ek, pastu raya okt lak pastu nov pastu dah hjg thn.ada plan nak jalan2 gak pasni tp kena hold dlu lah. btw, matta fair is this week, rite? ada sapa2 yg g ker...korang dah beli baju raya? apa tema korang tahun ni...:)

Wednesday, August 26, 2009

Assalamualaikum wbt


SALAM RAMADHAN AL MUBARAK KAWAN2KU SEKELIAN : D

Tuesday, August 18, 2009

EPL ooooh EPL


korang sokong team mana...?

my dear and me sokong si dia nih...

Sunday, August 16, 2009

baru nak rasmi

dah lama beli dah ...

sng nk wat kerabu mangga :P


sng nk makan buah :D



Saturday, August 15, 2009

homemade choc crunch

misi mencari bahan2 ini

cornflakes yg crunchy

double boil choc

beberapa papercup

hiasan yg ado

dah letak choc





close up cket


sonang jo, dah leh makan :D

Ayat Ayat Cinta


wanna watch this movie again tonite :D

Thursday, August 13, 2009

APAKAH WABAK H1N1???

dpt info ni dari HTJ, sama2 kite kongsi ek...take care.


1. Apakah tanda – tanda utama penyakit H1N1 ini ?

Tanda – tanda utama penyakit ini ialah seperti berikut : -

- Demam dan batuk
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Sakit badan
- Sakit kepala


2. Siapakah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat H1N1 ?

Berikut adalah golongan yang berisiko tinggi iaitu : -

- Wanita hamil
- Pesakit asma
- Obesiti
- Pesakit kencing manis
- Menghidap penyakit paru – paru kronik
- Imuniti rendah
- Pesakit jantung

3. Bagaimana kita boleh dijangkiti ?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit atau mana – mana permukaan. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan, melalui sentuhan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

4. Apakah langkah pencegahan yang sesuai diamalkan ?

Langkah pencegahan yang patut di amalkan ialah :

- Amalkan kebersihan diri dan menutup mulut apabila batuk
- Memakai penutup mulut dan hidung di rumah dan di luar rumah
- Pasakit yang tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga
- Jika gejala semakin teruk, SEGERA dapatkan rawatan di hospital.

5. Apakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri ?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuknya. Vaksin sedia ada pada masa kini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan wabak H1N1 ini.

Wednesday, August 5, 2009

misi mencari bahan2

gula + garam

butter nyorok dlm plastic


tahun ni spt bese nk wat kuih raya n ptg td singgah giant nk bli butter n gula kawan hubby psn kat sgor dah takde stok katanyer...


masuk giant kuar tangan kosong ...gula out of stock!


misi diteruskan ke mini market, pun elek yg ado cuma gula castor :P


teruskan gak last ni b4 sampai rumah g kedai runcit dkt dgn rumah gak yg ado..tupun limit sorang 1kg jek...minta 2kg coz utk kawan, senyum jek org kedai u ..


erm, stok gula kat rumah ada lagi tp utk bhn kuih raya kn cri gak nih..beli butter awal2 simpan stok hehe tp butter byk just nk harga jek..



Monday, August 3, 2009

Kelebihan Syaaban


SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.


Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripadasegala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai.

Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebihmengetahui." Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini. Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya."Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain. Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam.

Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit.