Saturday, April 23, 2011

cucur ikan bilis sebagai minum petang


macam biasa,ikut petua mommy,guna air panas lagi crispy n dap ;)

bersama2 ngan teh o panas di kala petang ;)

Wednesday, April 20, 2011

resipi kek choc moist cake

eh cptnyer,esok dah jumaat ek...biler nk menjelang wiken jek mula la pk this wk nk wat pe heheh.wiken ialah aktiviti extra memasak bagi den.last 2 wks wat kuih sepang.last wk wt agar2 milo n puding.this wk nk try cmc aka choc moist cake..gigih google resipi.


Bahan-bahan ( acuan bulat 24cm )


Bahan A: 2 cawan tepung gandum, 1 3/4 cawan gula halus, 1 1/4 cawan serbuk koko, 1 tsp soda bikarbonat, 1tsp baking powder

Bahan B: 4 biji telur gred A, 1 tsp esen vanilla, 1 cawan susu cair, 1 cawan minyak jagung

Bahan C: 1 cawan air panas mendidih

toping: marjerin@butter,susu pekat manis, serbuk koko dan milo,

Hiasan: coklat rice

Cara-cara Satukan bahan A dahulu kedalam bekas. bagi bahan B; pukul telur dahulu dengan pemukul bahulu sehingga kembang dan masukkan esen vanila, susu dan minyak.

OR RESIPI YANG KEDUA,

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )


2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

==============================

** Topping **

1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara
Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.

Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk.
kemudian masukkan bahan B tadi kedalam bahan A. kacau sehingga sebati. selepas itu masukkan bahan C pula dan kacau sebati. tapiskan bahan-bahan tadi sebelum dimasukkan kedalam loyang berukuran 24cm. didihkan air didalam pengukus dahulu dan kukus selama 50minit-sejam tanpa dibuka dengan api yang sederhana sahaja.

Topping: panaskan periuk dan cairkan marjerin, masukkan susu dan juga serbuk koko beserta milo. kacau sehingga tak berketul-ketul.
 
OR YANG NO 3 NI,
 
Bahan-bahan:


Gula (1/3 cawan)
Susu pekat manis (1/3 cawan)
Milo (1/2 ) cawan)
Serbuk koko (1/2 ) cawan)
Minyak (1 cawan)
Tepung gandum biasa (1 1/4 cawan)
Soda Bikarbonat (1 camca teh-paras)
Baking Powder (1 camca teh-paras)
Telur (2 biji)

Kaedah:

1.Masukkan gula, susu pekat manis, milo, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk…panaskan…sambil kacau hingga gula cair…jangan kacau dengan sudu besi…nanti terkeluar ‘zat besi’ yang tak perlu…sejukkan

2.Ayak gandum bersama dengan soda bikarbonat dan baking powder…gaulkan sebati…campur dengan bahan cair tadi…

3.Pukul telur dalam bekas berasingan dan masukkan kedalam adunan kek…

4.Sementara itu masak air dalam periuk untuk kukus kek…

5.Masukkan adunan kek ke dalam acuan…nak guna acuan kecil atau besar terpulang kepada anda…

6.Bila air dah menggelegak…kukus kek…

7.Dalam sela masa tertentu…bila Nampak kek tu dah naik sedikit, boleh cucuk dengan lidi atau apa-apalah…tarik balik lidi itu tengok kalau ada kek yang melekat pada pencucuk tadi, maknanya kek tak masak lagi…lama masa kek masak bergantung kepada saiz dan kedalaman acuan yang diguna…

8.Selepas dah tak melekat kek pada pencucuk…angkat dan sejukkan…

ACT,bhn2 dia lbeh krg sama jek, adunan tu je yg kena betul kan...selamat mencuba ;)

Sunday, April 17, 2011

MEE ROJAK N CENDOL DI KUALA PILAH


KALAU BALIK KG,TAK SAH IF TAK SINGGAH SINI.
KEDAI BERDEKATAN NGAN PASAR KP,BELAKANG PASAR AJE.
DEKAT2 DGN KEDAI JUAL PLASTIK2,KUIH MUIH N SEBELAHNYER
KEDAI CENDOL ;)

KEDAI MEE ROJAK YG FAMOUS
PEKENA CENDOL PANAS2 NI MMG TERBAIK :)

Thursday, April 14, 2011

saya mau ke sini plak :P

WANTED TO GO HMOON HERE ;)

JUST BOOKED YEST, CAN'T WAIT <3


Wednesday, April 13, 2011

motivasi from Prof Muhaya - REFLEKSI DIRI

Alhamdulillah hari ni dengar lagi motivasi dri prof muhaya.tiap2 mgu topik dia besh2 jek sume.rasa motivated dan juga utk muhasabah diri.insyaallah.

arini cite tentang refleksi diri.kite ni selalu nampak salah orang,dendam ngan orang,itu ini tentang orang.tp jarang nak refleks diri kite sendiri.memperbaiki diri dan mendekatkan diri denganNya,itu lebih penting.bukan hanya keduniaan tapi akhirat juga.sentiasa memperbaiki dan mencari jalan untuk melakukan yg sunat,seperti solat dhuha dan wajib dan banyak membantu orang.sentiasa ingat menolong orang dengan niat mengharap pertolongan allah swt.dengan doa agar dengan mengatasi masalah orang lain kite akan dapat mengatasi masalah kite,insyaallah.hubungan dengan manusia kena jaga.

sentiasa ingat 5 perkara ni,yg ni dah bnyk kali dia ulang2 dlm program motivasi nyer;mana yg kite nak,tepuk dada tanya iman,


iman ke nafsu
dosa ke pahala
taat ke maksiat
reda ke murka
syurga ke neraka

pilihan di tangan kite utk menentukannya,wallahualam.

Tuesday, April 5, 2011

WORDLESS WEDNESDAY - TIARA AGAIN







TIARA BEACH RESORT,PD

NAK G WATERPARK YG BERSIH DAN SELAMAT
SNG SGAH JEK KAT KM16,TIARA BEACH RESORT

MMG HEAVEN UTK KANAK2 DAN YG TAK BERAPA KANAK2
YG DEWASA PUN ADA SLIDE N ADULT POOL

SILA PATUHI ARAHAN DEKAT SINI YER

KEMERIAH SUASANA WALAUPUN PETANG HAMPIR MELEWATI MASA

KALAU NAK WALK IN PUN BOLEH JUGA
RM15 UTK KANAK2 DAN RM30 UNTUK DEWASA

TAPI KALAU STAY LAGI BERBALOI BALOI
BILIK YANG LUAS DAN SELESA ;)

Sunday, April 3, 2011

NASI KUKUS AYAM PANGGANG,PD

KALAU G PD TAK SAH KALAU TAK SINGGAH COWBOY PLACE NI.
LOKASI DI BATU 3,PD. IKUT ARAH DARI SEREMBAN BELAH KANAN,BERDEKATAN SIMPANG KE PD MARINA RESORT.SEBELAH MARINA TU JEK.

PANDANGAN DARI PARKING.
NASI KUKUS NI MENUNYA CUMA,
NASI PUTIH KUKUS + TIMUN
SUP
AIR ANGGUR / AIR SUAM
AYAM PANGGANG


MASA BUKA DARI 12 TGHARI,SMPI HABIS LA KAN,CUBALAH ;)