Pagi2 dengar radio ikim.fm memang best.1st time dengar terus lekat pagi2 dengar sampai skang.antara yang boleh dikongsi bersama,topik pagi ni ISTERI SOLEHAH..moga kite tergolong menjadi bidadari syurga kepada suami kite,amin....erm..mungkin dah banyak kali kite pernah dengar tapi tak salah kite mengingatkan diri kite berulang kali kan ;) Sentiasa ingat rumahtangga bukan bebanan tpi anugerah Allah SWT..
buat sang isteri
kreativiti dalam menguruskan rumahtangga walaupun bekerja.jangan jadikan alasan malas mengemas rumah atau tidak mahu memasak dan hanya mahu membeli sahaja sedangkan masakan dari tangan isteri itulah yang terbaik. semangat kena nekad,mujahadah kena lawan sifat malas dlm menguruskan hal seharian setelah penat bekerja." wahai ya allah aku berlindung dari sifat lemah dan malas" doa amalan selalu.
buat sang suami
suami pula kena berperanan sepatutnya.melayan isteri dengan baik dan lemah lembut.bangunkan isteri dengan baik,layanan kasih sayang yang sempurna.suami walaupun isteri bekerja dan ada duit tak sepatutnyer lepas tangan dari tanggungjawab memberi nafkah.
Antara tips utk dikongsi bersama :
Pedoman Buat Wanita: Bagaimana Menambat Hati Suami:
1. Terima dia agar dia menerima anda
2. Fahami lelaki agar dia memahami anda
3. Berubah untuk menikmati perubahan
4. Sanggup memberi untuk menerima
5. Percaya untuk dipercayai
6. Menangkan lelaki untuk Menang
7. Sifat negatif membuahkan kesan negatif
8. Bertanggungjawab akan menikmati kesan tanggungjawab
9. Kritikan akan membuahkan kritikan
10. Beri lelaki apa yang dia mahu
11. Tunjukkan minat tulin terhadap lelaki
12. Senyuman itu tanda kasih yang tidak perlu dibayar
13. Panggillah lelaki dengan panggilan manja
14. Hormati dia sebagai lelaki
15. Dengarlah dengan baik
16. Bercakaplah tentang apa yang disukai lelaki
17. Katakanlah bahawa dia paling penting dalam hidup anda
18. Jangan katakan penyesalan mengahwininya
19. Elakkan pergaduhan
20. Jangan menyalahkan, minta maaf apabila bersalah
21. Hidup bukan hanya di dunia
mudah2an diberkati oleh Allah swt,bentuk diri menjadi isteri yang solehah di dunia dan akhirat.AMIN.
No comments:
Post a Comment